Sunday, June 14, 2009

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia

Perutusan Timbalan Menteri Sumber Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan PERKESO kerana mengadakan majlis pada malam ini khusus untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang serta setia dalam perkhidmatan PERKESO.
Warga kerja PERKESO harus mempunyai kualiti, komitmen dan aspirasi terhadap apa sahaja yang dilaksanakan dalam usaha untuk menjadikan PERKESO sebuah organisasi yang cemerlang. Dalam meniti kejayaan, setiap pekerja mestilah berusaha untuk mencapai sasaran kerja tahunan melebihi tahap yang ditetapkan. Bagi merealisasikannya, anggota PERKESO perlu senantiasa mempunyai inisiatif untuk melakukan yang terbaik dalam memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, menanam nilai-nilai positif terhadap diri, bersedia menerima teguran, salaing menghormati dan bertoleransi serta sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran terutama sekali terhadap kehendak pelanggan.
Sekiranya kita berjaya menjalankan tugas mengikut peranan masing-masing disamping menghayati sepenuhnya nilai-nilai etika yang telah digariskan serta memahami aspirasi dan kehendak jabatan, saya percaya lebih ramai lagi pekerja cemerlang akan dapat dilahirkan dan setia maju bersama PERKESO. Dengan itu visi PERKESO sebagai peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang akan dapat dicapai.
Anugerah Khidmat Cemerlang dan Khidmat Setia Tahun 2008 ini bukan sahaja dapat membakar semangat kerja, tetapi ianya juga turut menghargai anggota-anggotanya yang setia berkhidmat selama 20 dan 25 tahun dengan organisasi ini. Penganugerahan ini dapat meningkatkan motivasi dan rasa setia untuk mereka terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada PERKESO.
Saya berharap dan percaya bahawa usaha PERKESO mengadakan Malam Anugerah Khidmat Cemerlang dan Khidmat Setia PERKESO dapat membangkitkan dan meningkatkan kesedaran seluruh warga PERKESO untuk bekerja dengan lebig gigih dan penuh bertanggungjawab. Semoga usaha PERKESO menganjurkan malam anugerah ini merupakan kesinambuangan dan platform untuk melahirkan warga PERKESO yang cemerlang.
Sekian.

1 comment:

  1. YB Dato'

    I think YB still in the process of stamping the mark in political arena. Am a Kuantanese, and i dont see much of YB influence around the Adun circle. Not sure whether YB effectiveness have shone yet. Nothing much to say about the calibre. Am strong supporter of BN though. Just i cant see anything special yet from YB.

    ReplyDelete