Tuesday, August 18, 2009

TARIKH-TARIKH MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PENERIMA ZAKAT DUN MUADZAM SHAH 2009

[BANDAR MUADZAM SHAH/ GUGUSAN PERANTAU DAMAI/ GUGUSAN SELANCAR]

Jumaat (28 Ogos 2009)
2.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima di SAWIRA

5.30ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima Bandar
Muadzam Shah + Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Muadzam Shah

Sabtu (29 Ogos 2009)
3.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima Keratong 6
di Balairaya Felda Keratong 6, Muadzam Shah

6.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Gugusan Keratong
8,9,10 + Majlis Berbuka Puasa di Masjid Felda Keratong 10, Muadzam
Shah

Ahad (30 Ogos 2009)
2.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima
Kg. Chenderawasih/ Balairaya Kg. Chenderawasih

4.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima Kilang
Selancar 2, di Balairaya Felda Selancar 2, Muadzam Shah

6.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima Kilang
Selancar 3 dan Selancar 2A + Majlis Berbuka Puasa, Di Masjid
Selancar 3, Muadzam Shah

8.30mlm-Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima Kilang
Selancar 4/5, Solat Terawih dan Moreh, di Masjid Selancar 4/5

Sabtu (5 September 2009)
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DI KG. TRADISIONAL

5.00ptg -Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Penerima
Kg. Tradisional + Majlis Berbuka Puasa(Kg.Tebu Hitam, Kg.Sabak Feri,
Kg.Leban Chondong, Kg.Pantai Bernas, Kg.Rantau Panjang,
Kg.Bangkong, Kg.Gading)di Dewan Orang Ramai Leban Chondong

PROGRAM-PROGRAM DI KAWASAN (JULAI 2009)
3 Julai (Jumaat)
4.00pm - Majlis Hari Terbuka SK Selancar 3, Di SK Selancar 3, Muadzam Shah
5.30pm - Majlis Seminar Kerjaya sehari Belia Gugusan Selancar, Dewan Selancar
4&5, Selancar Muadzam Shah.
4 Julai (Sabtu)
8.55am - Majlis Penyampaian Hak Milik Felda Keratong 8, oleh YAB Menteri Besar
Pahang, di Dewan SMK Perantau Damai, Muadzam Shah.
3.30pm - Dialog & Majlis Perjumpaan dengan JKKR Selancar 5, di Pej. JKKR
Selancar 5, Selancar Muadzam Shah
5 Julai (Ahad)
10.00am - Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Anjuran PERKIM Rompin,
Kg. Sembayan
12.30pm - Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Anjuran PERKIM, Kg. Jemeras
3.00pm - Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Anjuran PERKIM, Kg. Kundang
10 Julai (Jumaat)
3.30pm - Merasmikan Koperasi Selancar 5, Dewan Selancar 4&5, Muadzam Shah
19 Julai (Ahad)
12.00pm - Program Sayang di Sayang Anjuran Pej Agama Islam Daerah Rompin,
Di Balairaya Kg. Rantau Panjang Rompin
23 Julai (Khamis)
- Berada di Kawasan Muadzam Shah
24 Julai (Jumaat)
10.00am - Hari Minggu Kesihatan, Sekolah SK Kedaik, Di SK Kedaik, Muadzam Shah
31 Julai (Jumaat)
10.30am - Majlis Penutupan Seminar Pemantapan PIBG Daerah Rompin,
SMK Muadzam Jaya, Muadzam Shah
3.00pm - Majlis Tilawah Kanak-kanak Peringkat Kg. Chenderawasih, Muadzam Shah

4 comments:

  1. Assalamualaikum YB, sy adlah salah seorang dari ahli UMNO Kedah di salah sebuah kawasan terpencil.Ingin saya perkatakan disini ialah adakah sebarang pekerjaan untuk seorang pemegang diploma institusi pengajian tinggi swasta seperti saya di jabatan kerajaan?. Saya adalah ahli UMNO dan penyokong kuat kerajaan, tetapi ramai kawan2 saya yg merupakan penyokong kuat PAS dan parti pembangkang yang lain di tawarkan peluang pekerjaan di dalam sektor awam. Saya sendiri dari keluarga yang susah. Saya masih bersabar dan sentiasa berdoa agar rezeki itu akan hadir dan kekecewaan itu akan saya ketepikan.Demi untuk terus menyokong UMNO.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah

    Taniah kerana dapat adakan blog, bagi saudara dari Kedah. Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan laman web bagi pendaftaran untuk memohon pekerjaan. Rasanya saudara nak kerja dengan kerajaan ni

    Apa=apa pun sabarlah, razeki tak kemana asalkan keputusan baik.

    Dalam Kementerian Kesihatan contohnya dengan kelulusan SPM jika anda memohonan pekerjaan dan mendapat diploma anda akan dibenarkan melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau PJJ anda akan akan dinaikan hingga ke jawatan 41. Banyak kakitangan yang mempunyai 2 diploma. Macam saudara jangan pentingkan diploma yang ada memohonlah jawatan berkelulusan SPM seperti diatas. Buat PJJ anda akan berjaya di satu ketika nanti. Insyaallah ( usaha , Yakin dan Tawakal )

    ReplyDelete
  3. salam!!.. kenapa dah tak update blog?...

    ReplyDelete
  4. Saya mewakili penduduk Kampung Felda Selancar 3 berasa dukacita ekoran kejadian kecurian yang kerap berlaku di kawasan perumahan kami, Kecurian tersebut telah menyebabkan penduduk kampung ini berasa takut hendak meninggalkan rumah mereka. Mereka bimbang kalau-kalau pencuri itu datang ketika mereka sedang bekerja dan anak-anak pergi kesekolah, Setakat hari ini sentiasa ada sahaja rumah dimasuki pencuri, daripada pemerhatian kami pencuri ini mungkin orang Indon/ penagih dadah, orang kampung takut melaporkan kepada polis kerana pencuri ini adalah anak2 kampung juga yang mendapat pembelaan daripada ibubapa mereka, contohnya kalau kena tangkap mesti ibubapa jamin, takpun ibubapa sorokkan anak, budak2 pencuri ini akan membalas dendam pada mereka yang melaporkan kegiatan mereka,ada antara budak2 kampung ini membawa pisau dalam poket mereka, membuatkan orang kampung takut, ada balai polis kecil di selancar 2 tetapi polisnya sentiasa tiada disana, orang2 kampung cakap polis makan gaji buta. kami bimbang seandainya pola kecurian itu berubah kepada bentuk yang ganas sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian. Pihak kami telah menubuhkan rukun tetangga untuk menangani masalah ini. Kami telah mengatur jadual bertugas menjaga kawasan perumahan ini. Namun masa kami berjaga hanya pada sebelah malam sahaja, Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menyelesaikan masalah kami. Semoga aduan kami mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan demi kebaikan semua penduduk.Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete