Friday, April 30, 2010

744 Kembali Kerja selepas Kemalangan

2010/04/30

KUALA LUMPUR: Seramai 744 pekerja yang mengalami kecacatan dalam kemalangan ketika bekerja kini bekerja semula dalam pelbagai bidang selepas mengikuti program Kembali Bekerja yang dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak dimulakan pada 2007.

Bercakap selepas majlis penyerahan cek bayaran hilang upaya kepada mangsa kemalangan, Muhammad Asraf Rosli, 22 di sini, semalam, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata jumlah itu adalah sejak program itu dimulakan sehingga Disember tahun lalu dan berjaya membantu ramai pekerja yang terbabit dalam kemalangan meneruskan kehidupan mereka.
“Mengikut statistik, ada 975 pekerja yang hilang upaya sementara dan kekal mengikuti program ini dan 744 kembali bekerja sama ada dengan majikan lama atau baru. Sebilangan mereka kembali bekerja dengan bidang kerja sama atau ditempatkan di bahagian lain bersesuaian keupayaan mereka.

Berita Harian.

No comments:

Post a Comment